Friday, 19 February 2016

Let's do some revision about driving class.



Assalamualaikum, memandangkan tak lama lagi aku nak kene ambil ujian JPJ.. Jadi aku dengan ringan tangan nak mengulangkaji dengan hangpa semua.. Hahaha.. Mungkin ada calon lain yang baca entry aku kali ni? Harap membantulah ya.. Cara aku mungkin lain daripada apa yang cikgu hangpa semua ajar tapi tak mungkin terlalu sesat daripada apa yang korang belajar kan?

So? Let's get started!!
kanan dan kiri mengikut kedudukan pemandu yaa..
Awas:bahasa yang digunakan adalah bahasa pasar bagi memudahkan pemahaman.
SUPER DETAIL REVISION!! Sebarang kerugian yang dialami pemilik blog tidak bertanggungjawab..

A.Parking sisi

1.Pastikan kereta dalam keadaan lurus.
2.Reverse kereta sehingga anda dapat melihat tiang pada cermin kecil di bahagian tingkap kiri penumpang,brake,free gear, lepas clutch.
3.Pusingkan stereng satu suku ke kiri, masuk gear reverse, lepas clutch sikit tekan pedal minyak sikit.
4.Tahan clutch, brake bila tayar belakang kanan HAMPIR dengan garisan putus-putus.
5.Pusingkan stereng ke kanan habis, masuk gear reverse, lepas clutch sikit.
6.Brake apabila tayar belakang kanan selari dengan ruang antara garisan putus2 yang terakhir.
7.Pusingkan stereng ke kiri habis, masuk gear satu, lepas clutch sikit.
8.Brake bila kereta lurus, free gear.
9.Luruskan tayar (pusingkan stereng ke kanan sampai tayar lurus)
10.Hon sekali, angkat tangan ke luar tingkap.
11.Pusingkan stereng ke kiri habis, masuk gear reverse, lepas clutch sikit dan brake apabila tayar belakang kanan kereta selari dengan ruang antara garisan putus2 yang terakhir.
12.pusingkan stereng ke kanan habis, masuk gear satu, lepas clutch sikit, tekan pedal minyak sikit, brake bila tayar belakang kanan terletak pada garisan putus2.
14.pusingkan stereng ke kiri 3 kali ke kiri, lepas clutch sikit, tekan pedal minyak sikit.
15.luruskan balik tayar sambil kereta bergerak.


pusing stereng ke kiri/kanan habis = pusingkan stereng ke kiri/kanan sampai dah tak boleh pusing lagi.







B.Pusingan tiga penjuru

1.Jalan lurus, brake apabila tiang selari dengan bahagian tengah kereta. free gear
2. pusing stereng ke kanan habis, masuk gear reverse.
3. pusing stereng ke kiri 2 kali apabila badan kereta lurus (sambil bergerak).
4.brake apabila kereta sudah masuk petak
5. masuk gear satu, jalan lurus sikit, pusing stereng ke kiri habis.


C. Selekoh Z

1.Jalan lurus sikit, pusing stereng ke kanan habis.
2.Biar sekejap, pusing stereng ke kiri habis.


D. Selokoh S

1. Jalan lurus sikit, pusingkan stereng ke kiri perlahan-lahan mengikut lengkungan jalan.
2. pusingkan  stereng ke kanan perlahan -lahan mengikut lengkungan jalan.

E. Bukit

1. Masuk gear satu, lepas clutch sikit, tekan lebih pedal minyak .
2. Brake apabila cermin sisi selari dengan tiang pertama, free gear
3. tarik handbrake sampai habis, lepaskan clutch dan brake kaki perlahan lahan
4. tekan clutch habis, masuk gear satu.
5. lepas clutch sikit, tekan(stabilkan bkn tekan macam nak ajak race) minyak sikit sampai kereta berhenjut.
6.turunkan handbrake cepat2, tekan brake kaki sikit 2.

HABISSS!! selesai lah kat trek..
Kalau ada salah.. minta tolong komen dibawah ya?
terima kasih..
 moga bermanfaat..

pastikan anda tidak membuat kesalahan mandatori yee..
mesti berhenti sebelum garisan putih, jangan langgar divider, jangan langgar garisan kuning sebelum divider..

jgn lupa bagi isyarat setiap kali nak keluar sebarang halangan.. ingat utk bg signal ke kiri tolak tuil signal ke atas.. utk bg signal ke kanan tolak ke bwh.. jgn jadi macam saya.. signal pun tak ingat pastu cikgu suruh balik tadika sbb tak kenal kanan kiri.. huhuhu

doakan saya lulus dalam ujian JPJ yaa?

No comments: